Posted by: sifu2b | August 17, 2008

MEMBINA TEMPLAT KERTAS LEJAR UNTUK WINDOWS JOURNAL

TUTORIAL WINDOWS JOURNAL versi online oleh Rithuwan Nasir
Hak cipta (C) Rithuwan Nasir, Ogos 2008. Hasilan kreatif asli penulis.

RINGKASAN TUTORIAL :

1. Cipta format kertas lejar dan simpan dalam format .EMF (format grafik).
2. Bina Nota Baru dengan mengubahsuai penetapan asal menggunakan fail .EMF yang telah disediakan.
3. Cipta templat Windows Journal dalam format .JTP menggunakan penetapan sendiri.

A. Mereka bentuk kertas Lejar menggunakan Microsoft Publisher

NOTA : Siapkan kertas lejar mengikut kesesuaian atau kehendak guru. Dalam kes tutorial ini, saya memilih menyediakan format kertas lejar seperti dalam Rajah 1. Untuk tujuan mendapatkan kualiti terbitan maka Microsoft Publisher digunakan. Sebenarnya Microsoft Excel sudah memadai untuk membina lajur-lajur seperti ini tetapi oleh kerana matlamat tutorial ini ialah membina templat menggunakan fail grafik .EMF, maka publisher dipilih.

1. Reka bentuk kertas lejar seperti di dalam Rajah 1 atau reka bentuk format sendiri yang sebenar-benarnya diperlukan. Untuk kegunaan pengajaran, pastikan lajur tarikh, butiran, folio dan Amaun disediakan dengan saiz yang mencukupi.

2. Simpan fail – Pilih menu Fail, pilih Save As dan taip nama fail mengikut kehendak sendiri. Untuk tujuan tutorial ini, nama fail ialah Kertas Lejar2-blank.pub. Tujuannya ialah menyimpan dalam format .PUB (fail MS Publisher) sebagai salinan asal.

3. Menyimpan fail sekali lagi, tetapi kali ini dalam format .EMF

a. Pilih menu Fail, pilih Save As
b. Pilih format .EMF dalam pilihan Save as type (Rajah 2).
c. Jika ingin resolusi tinggi, klik butang Change dan tukar resolusi ke pilihan ketiga, Commercial Printing (300 dpi) seperti dalam Rajah 3.

d. Klik Save. Ingat di mana anda simpan fail tersebut. Kebiasaannya ia tersimpan dalam folder My Documents atas nama Kertas Lejar2-blank.emf.

3. Keluar dari Microsoft Publisher.

B. Menyediakan semua penetapan templat Windows Journal

4. Lancarkan Windows Journal seperti biasa. Selalunya Note Default akan terpapar. Pilih Options.

a. Pilih menu Tools, pilih Options…. (Rajah 4).

b. dari tetingkap Options, menu tab Note Format akan terpapar.Pilih Stationery dan klik butang Default Page Setup. (Rajah 5)

5. Menyediakan penetapan templat baru.
Tetingkap Default Page Setup mempunyai tiga menu tab iaitu Paper, Style dan Background and Titel Area.

Ikuti penetapan di bawah:-
a. Paper : saiz A4
b. Style : untuk Line Style pilih Blank

c. Background and Title Area :

i. Picture – klik Browse dan cari fail .EMF yang telah disimpan dalam langkah 2 (Rajah 2) sebelum ini. Dalam hal gerak kerja saya, fail ini tersimpan dalam folder My Documents (Rajah 7).

ii. Pilih fail tersebut, Kertas Lejar2-blank.emf dan klik butang Open.

iii. Position : Pilih Stretch supaya gambar EMF yang dipilih tadi sentiasa sesuai dengan saiz kertas A4. Perhatikan bahagian Preview untuk melihat kesan pilihan tadi (Rajah 8)

5. keluar dari tetingkap Default Page Setup dan tetingkap Options.
a. Klik Apply, kemudian OK untuk tutup tetingkap.
b. klik OK lagi untuk tutup tetingkap Options pula.

6. Perubahan belum berlaku. Tutup Windows Journal.

C. Mencipta templat Windows Journal

7. Lancarkan Windows Journal semula. Sekarang barulah paparan yang telah diubahsuai itu dipamerkan (Rajah 9) seperti di bawah.

8. Untuk membolehkan perubahan ini tersimpan sebagai templat Windows Journal, maka langkah berikut perlu diikuti:-

a. Pilih menu Fail, pilih Save As (Rajah 10).
b. Pilih format Windows Journal Template, .JTP dalam pilihan Save as type (Rajah 2).
c. Taip nama fail yang sesuai seperti Account – Ledjar (blank).
d. Klik Save. Tetingkap Save As Template akan terpacul keluar.
e. Pilih save stationery and backgrounds only. Klik OK (Rajah 11).
f. Ingat di mana anda simpan fail tersebut. Kebiasaannya ia tersimpan dalam folder My Notes bersama dengan fail templat asalan yang lain.

Tahniah! Kini anda sudah berjaya mencipta templat kertas lejar sendiri. Langkah yang sama boleh diikuti untuk menyediakan kertas akaun yang lain seperti jurnal am, buku tunai dan sebagainya.

MAKLUMAT TAMBAHAN:

Anda juga boleh menggunakan Excel untuk mencipta templat kertas Jurnal, Lejar dan Buku Tunai untuk dijadikan templat Windows Journal.

Anda boleh terus mencipta fail Windows Journal dengan cara melakukan arahan CETAK ke JOURNAL NOTE WRITER. Journal Note Writer adalah mesin cetak virtual. Ia akan menghasilkan fail format .JNT.

Walau bagaimanapun, fail yang tercipta dari arahan cetak ini tidak begitu sempurna. Ia hanya sesuai sebagai paparan SATU MUKA SURAT sahaja.

Sebab itulah saya memilih untuk menggunakan perisian terbitan meja (desktop publishing) seperti Microsoft Publisher ketika mencipta templat tersebut. Perisian Scribus juga boleh digunakan, dan ia adalah percuma.

PERKONGSIAN PENGALAMAN MENGAJAR MENGGUNAKAN LAPTOP TABLET DALAM KELAS PRINSIP PERAKAUNAN

Dulu sebelum memiliki laptop tablet, maka semua penerangan dan jawapan yang saya sediakan adalah dalam fail Excel. Dengan menggunakan LCD, saya akan mengajar sambil menunjukkan contoh catatan atau membincangkan jawapan dalam lembaran kerja Excel. Dalam MS Excel walaupun paparan yang saya sediakan menyerupai kertas lejar, tetapi ketika memasukkan item di dalam akaun-akaun lejar (dan catatan dalam jurnal dan buku tunai), sebenarnya saya menaip, bukannya menulis. Dan pelajar mengetahui perkara itu dan sebahagian dari mereka mengalami masalah kefahaman akibat dari itu. Sebab itu saya juga terpaksa menggunakan dua kaedah pengajaran, lama dan ICT; whiteboard dan white screen.

Walau bagaimanapun, sejak dua bulan menggunakan features laptop tablet seperti teknologi ink maka pengajaran saya kelihatan lebih natural dan pelajar dapat melihat bagaimana semua catatan lejar disediakan oleh guru seperti seolah-olah guru menulis di atas kertas. Justeru itu kini saya cipta templat yang lebih sesuai dengan Windows Journal supaya pengajaran menggunakan teknologi ICT itu nampak lebih berkesan. Itulah harapan saya. Saya berharap perkongsian ini membantu guru-guru perakaunan mengetahui bagaiamana mencipta template kertas akaun untuk Window Journal dalam laptop tablet anda.

Tutorial dalam fail PDF di sini.


Responses

  1. semekom nk tanya saya pun guna model tx2032au masalahnya recovery saya corrupt mcm ne saya nk dapat kan balik recovery tu

  2. Jani, pertama minta maaflah sebab dah lama tak menjenguk blog ini.

    Jani jika ikut panduan dari peringkat awal lagi, awak dikehendaki membina DVD recovery sendiri mengikut panduan yang disediakan dalam manual. JIka gagal maka sukarlah nak recovery especially bila partition recovery juga turut terdelete atau hilang.

    Sila hubungi HP centre dan dengan bayaran minima anda akan dapat recovery partition semula.

  3. tak ada perisian windows journal…Ada dlm pakej micrsoft office ke? mcm microsoft word?

  4. Pening,
    kena download dari web microsoft.com. hanya Windows Tablet PC edition ada perisian ini.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: